Wednesday, September 22, 2010

manusia bersifat binatang




baru-baru ini kite telah di kejutkan dengan laporan media massa yang mengesahkan kematian dato sosilawati pengasas produk kecantikan yang terkenal..Nash berkata, beliau mengetahui berita sedih itu melalui laporan media pada Ahad.“Seperti rakyat negara yang lain, saya rasa ia tidak sepatutnya berlaku. Mangsa-mangsa tidak sewajarnya dibunuh secara kejam. Saya ingin mengucapkan takziah kepada anak-anak Sosilawati dan waris keluarga tiga mangsa yang lain,” katanya kepada mStar Online..



Media pada Ahad, melaporkan Sosilawati dan tiga rakan lelakinya dibunuh dengan kejam sebelum mayat mereka dibakar dan abu mereka dibuang di sebatang sungai di Tanjung Sepat, BantinNash berdoa semoga roh keempat-empat mangsa ditempatkan di kalangan orang yang beriman...Saya sedekahkan al-Fatihah kepada beliau dan yang lain,” katanya yang berada di Sabah atas urusan kerja. – Mstar Online

sebagai seorang manusia..kemanakah hilang nilai kemanusiaan itu??mengapakah harus manusia yang tidak berdosa di prlakukan sedemikian rupa??adakah manusia semakin hilang perikemanusiaan..??janganlah kita menjadi manusia yang bertopengkan iblis..

http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/KesBunuh-1001061332.jpg
Pembunuhan Kejam 4 Beranak Sekeluarga di Gemencheh 2010
menggemparkan apabila mrndrngar tentang kes pembunuhan kejam 4 keluarga yang baru sahaja berlaku di negeri sembilan..datuk mereka di peggal,nenek pun parah..ape yang pasti jasad ini dah masuk liang lahad..cuma kepala datuk mereka sahaja masih tidak di jumpai..
tetapi melihat siasatan polis tidak berlaku ape rompakan..semua barang mangsa tidak di rompak..mengapakah??memang motif membunuh..

http://xtive.utusan.com.my/tools/utusan/update_gambar/kebumi-Gemencheh.jpg

berbalik kes pembunuhan di gemenceh ini,entah di mana silapnya keluarga ini..mengucap panjang apabila mendengar kisah ajar mereka yang sangat menggerikan..bagi yang sempurna akalnya tentu tidak dapat memikirkan azab sebelum meninggal..mereka di tinggalkan oleh pembunuh dalam keadaan yang amat seksa..putus kepala,putus tangan,dan pisau tercacak di dada..lebih memilukan mangsa itu adalah individu yang tidak mampu melawan..apabila ketiga tiganya masing2 berusi 90,80 tahun selain seorang gadis berusia 22 tahun...astaqfirullah al- azim..

Labels: , , ,

kedudukan wanita..




Semoga juga ada manfaatnya dalam pembahasan ini, kita kemukakan lebih
dahulu bagaimana kedudukan wanita jahiliyah sebagai bahan perbandingan dalam
memberikan penilaian sampai sejauh mana ketinggian dan kebaikan Islam meletak-kan kedudukan wanitanya. Setelah diadakan perbandingan, dapatlah kita melihat
kelemahan dan kezhaliman manusia atau undang-undang manusia terhadap kaum wani-tanya.


Peranan wanita dalam kehidupan manusia sudah tidak boleh dipertikaikan lagi. Namun, perubahan masa menjadikan kedudukan wanita menjadi semakin penting. Akibatnya ia memberi kesan kepada struktur sosial, ekonomi, politik dan bahkan kepada institusi keagamaan. Keadaan ini menjadikan berlaku perubahan yang sukar dibendung. Kita perlu menanggani permasalahan yang timbul. Penulisan ini diharapkan akan meneroka jalan kepada perbincangan yang lebih teliti dan muktamad kepada pengurusan berhubung dengan wanita. Insya Allah.

Imej dan Harga Diri Wanita Zaman Ini

SEPANG: Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda Umno Malaysia menerima 45 kes wanita tempatan lari mengikut lelaki warga asing dalam tempoh tiga bulan lalu, kata Pengerusinya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim..Beliau berkata, kebanyakan kes membabitkan gadis yang kahwin atau melarikan diri dengan lelaki warga asing ke beberapa negara termasuk Medan dan Lombok di Indonesia.
Terbaru kes Noraisyah Syed Mohd, yang terkandas di Kemboja selepas mengikut suaminya, empat tahun lalu. Di sana dia hidup susah dan meminta bantuan kerajaan untuk membawanya pulang.



tetapi hari ini ramai juga wanita bertudung yang kena rogol, malah setengahnya kena bunuh dijerut dengan tudungnya pulak, kanak-kanak pun kena rogol dan bunuh
ape agaknya penyebab dari semua ini..??

Wanita hilang harga diri, lelaki penganiaya punca kes bayi dibunuh
BANGI, 9 Jun 2010 -- Sistem kawalan sosial tidak formal yang semakin longgar dalam masyarakat perbandaran merupakan sebab utama yang mencetuskan pelbagai masalah keruntuhan akhlak seperti hamil di luar nikah hingga membawa kepada kes pembuangan dan pembunuhan bayi yang juga melibatkan pelajar sekolah.
Mengulas pelbagai kes berkaitan yang semakin banyak dilaporkan dalam akhbar sejak akhir-akhir ini, Dr Fatimah  berkata sebagai langkah awal pendirian sesetengah pihak bahawa wanita adalah hak milik lelaki dan lelaki boleh berbuat apa sahaja ke atas mereka harus dikikis.“Lelaki juga perlu dididik menghormati wanita di samping menyedari tanggung-jawab mereka sebagai pelindung kaum wanita




siapa yang melakukan ini..??





sanggupnya seorang wanita membuang anak yang belum pts pun tali pusatnya,yang masih belum membuka mata untuk melihat dunia..kejamkah wanita..??

tidak semua wanita sepertinya..


Sifat-sifat wanita ahli syurga~

Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad) ~Keistimewaan Wanita~
Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia." Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga

 



Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Labels: , , ,